About Me
aku adalah aku..kini,aku masih lagi bertatih untuk mengejar kembali cinta Pencipta.setelah lama aku mengumpul segala kudrat.
aku adalah aku..jika temui kekhilafan tegurlah aku..kerana aku hanya insan biasa sepertimu..
kesilapan dahulu menjadikan aku mula mengerti erti cinta yang sebenar.
skop cinta terlalu luas untuk aku terangkan,namun aku bisa merasakannya.
ya,cinta terlalu luas..dan tanpa aku sedari,disetiap detik nadi yang berlalu ada cinta yang menjalar kedalam diri..cinta Rabb kepada hamba-Nya..dan sebagai hamba,aku sewajarnya membalas segala cinta berbentuk nikmat-Nya itu.
cinta itu bukan sekadar cinta antara lelaki dan wanita,,tetapi..cinta antara sahabat,cinta kepada alam dan semua makhluk ciptaan Allah.serta cinta seorang anak kepada kedua-dua ibu dan bapanya.
wahai sahabat yang sentiasa berada di setiap doaku..ketahuilah,bahawa cinta yang kusemai dan tersemat di dalam hati ini kerana Allah semata-mata.aku mencari sinar kemanisan iman,dan aku mulai temuinya apabila mengikhlaskan persahabatan kita kerana Allah Azza Wajalla.
Buat ibu dan bapa yang tak pernah luput dalam ingatan,maafkan anakanda kerana kurang menzahirkan rasa sayang itu..anakanda cuma mampu berkata tanpa bersuara disini..untuk anakanda ceritakan sayang dan kasih buat bonda dan ayahanda.disini,di coretan dalam kotak ungu ini..ada selembar kisah hidup seorang insan bernama aku..
aku menulis bukan kerana kau,dia ataupun mereka..tapi kerana aku.
"bahagia bukan dengan apa yang orang lihat,tapi dengan apa yang kita rasa."